.. sambung sikit :
>>> Software Pilihan?
Dalam mendesign ini, kita akan dapati bermacam-macam software design!. Jadi ada yang tak tahu nak pilih yang mana satu. Antara senarai software tersebut adalah seperti :
- Adobe photoshop
- PaintShopPro
- CorelDraw
- Macromedia FireWorks.
Dan beberapa lagi software.
Sebenarnya, disini bukanlah SOFTWARE yang menentukan kecantikan dan bergayanya design anda. Ianya bergantung kepada:
- Sejauh mana anda menguasai sesuatu software.
- Sejauh mana anda menggarap idea anda ke kanvas maya .
- Sejauh mana tahap kreativiti anda!
Pada lazimnya satu2 software grafik akan mengandungi beberapa persamaan antaranya :
- Layer
- Filter
- Tool : Pilihan, Garisan, Warna(fill/gradient), Brush dsbg.
Beerti disini, ianya tetap ada PERSAMAAN. Jadi tidak perlulah anda semua berasa risau, percayalah!jika anda berjaya menguasai salah satu darinya.. anda akan mampu menguasai software2 grafik yang lain!. Sama seperti memandu kenderaan, setiap kenderaan mempunyai persamaan: ada stering, ada pedal minyak dan brek, cuma mungkin yang berbeza ialah gear automatik atau manual!
Senang bukan?
Disini saya merekomendasikan Adobe Photoshop sebagai pilihan utama. Mengapa? Mungkin kerana ia paling susah! Jadi yang lain akan kelihatan mudah setelah anda menguasainya.
Selain itu juga perlu diketahui, bahawa ia adalah merupakan pilihan utama bagi para designer didunia.
Dalam sudut dan aspek yang lain pula, ia ada banyak bantuan dan tutorial ONLINE yang boleh dipelajari secara percuma contohnya :
www.teamphotoshop.com
Walaubagaimanapun tiada kesalahan jika anda sukakan software yang lain. Yang penting ialah MENGUASAINYA!.