+ Reply to Thread
Results 1 to 5 of 5

Thread: Artikel: Skim Cepat Kaya Di Internet (Wang Mudah) Panduan Untuk Semua

  1. Join Date
    Mar 2005
    Location
    Malaysia
    Posts
    27
    Rep Power
    0

    Artikel: Skim Cepat Kaya Di Internet (Wang Mudah) Panduan Untuk Semua

    Hello everyone,

    Just sharing a report/article whatever you call it.

    Anyway, thanks to beyondsunn too for pioneering this activity. (article for webmastermalaysia)

    Btw, anybody sees the heavyweight around here lately? ahaxz.. I start kind of missing them, I haven't read any post from them for quite a long time already...

    By: Team SaifulSham.com

    Untuk pengetahuan anda, perniagaan Internet yang sebenar adalah berasaskan konsep keusahawanan sejati. Inilah yang diperjuangkan oleh kami di SaifulSham.com. Penggabungan konsep keusahawanan dan kecanggihan teknologi untuk merevolusi landskap keusahawanan tempatan, sejajar dengan perkembangan masyarakat antarabangsa.

    Ia berdasarkan prinsip jual beli. Sama ada produk, perkhidmatan, ataupun informasi.

    Terdapat skim-skim yang semakin popular di kalangan pengguna Internet Malaysia hari ini yang menawarkan wang mudah dengan cara;

    “baca emel dapat duit”
    “surf dapat duit”
    “pelaburan berpulangan tinggi”
    Dan variasi-variasinya.

    Dalam laporan ringkas ini, kita akan mengikuti dan memahami modus operandi skim-skim ini secara sepintas lalu.

    Diharapkan kita dapat mengambil iktibar dan menjauhi apa juga skim yang salah di sisi undang-undang.

    Paid to Read

    Secara asasnya skim ini mengatakan mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Kita boleh terima model ini. Kerana memang wujud pengiklan yang mahu membeli iklan semata-mata untuk membanyakkan bilangan pelawat sekaligus “page impression” (bilangan kali page mereka dilihat). Sekadar untuk berkongsi pengetahuan, pembeli iklan-iklan ini selalunya bukanlah berniat untuk menjual produk ataupun mempromosi apa-apa, sebaliknya niat utama mereka adalah untuk menarik lebih ramai pelawat ke laman web mereka. (untuk tujuan yang hanya diketahui mereka)

    Bagi program baca emel untuk dapat duit pula, anda akan dibayar untuk bilangan emel yang anda terima dan baca. Selalunya akan ada had mengenai jumlah emel yang anda baca, misalnya anda hanya dibenarkan membaca 10 emel setiap hari. Dan anda akan dibayar beberapa sen untuk setiap emel yang anda baca.

    Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program “paid to read” ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada had 10 emel sehari yang dikenakan kepada, anda kini boleh membaca 20 emel misalnya. Lebih cepat anda mengumpul bayaran, lebih cepat anda boleh ditukar kepada wang tunai setelah melepasi had-had tertentu.

    Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi). Cuma risikonya, skim-skim ini biasanya dijalankan oleh mereka yang yang tidak kredibel (orang yang cemerlang akan menjauhi skim-skim cepat kaya yang tidak mempunyai masa depan seperti ini) dan tiada jaminan anda akan dibayar setelah tiba masanya nanti. Hasilnya, penat lelah anda membaca emel-emel sebelum ini, lesap begitu sahaja.

    Autosurf


    Program ini juga berasaskan konsep yang sama. mereka menerima bayaran dari pengiklan yang berminat untuk beriklan dengan mereka. Dan anda akan dibayar apabila anda melihat iklan-iklan ini. Selain daripada keuntungan yang diterima daripada yuran yang dikenakan kepada pengiklan, penganjur program “autosurf” ini boleh juga mendapatkan dana tambahan daripada pakej upgrade yang ditawarkan kepada ahlinya. Misalnya anda membayar USD 10 untuk upgrade keahlian. Daripada hanya 10 laman web sehari yang boleh dilayari untuk mendapatkan bayaran, anda kini boleh melayari 20 laman web misalnya.

    Model perniagaan seperti ini walaupun kurang solid, tetapi masih boleh diterima akal (walau apa pun lebih baik dijauhi).


    Randomizer/Piramid

    Anda membayar sejumlah wang, dan emel anda akan diletakkan didalam satu senarai. Setiapkali ahli baru menyertai skim ini, ahli lama akan dibayar secara rawak (random) dari senarai tadi. Lebih banyak anda bayar, lebih cerah peluang anda untuk dibayar ketika ahli baru masuk.

    Sistem Piramid yang sangat jelas. Katakan 7 billion penduduk dunia menyertai program ini, apa akan jadi kepada peserta yang ketujuh billion tersebut?

    Dan di Malaysia, terdapat rakyatnya yang lebih kreatif. Mereka menggunakan taktik baru, iaitu system piramid mengunakan Kad ATM (bankcard). Ada ynag meminta deposit RM 10, 20 dan juga RM30. Namun konsepnya tetap sama. Ahli baru akan membayar ahli lama.


    Sistem Affiliate Palsu

    Kami cukup benci dengan mereka yang menyalahgunakan terma ini. Sebenarnya system affiliate adalah satu program pemasaran yang sah dan sangat berkesan di Internet. Namun disebabkan terdapat beberapa orang yang mencari keuntungan segera dengan memburukkan nama sistem affiliate.

    Biarlah kami ceritakan secara ringkas. Affiliate adalah ejen jualan untuk sesuatu produk. Mereka akan dibayar apabila mereka menjual sesuatu produk, biasanya dalam bentuk komisen. Labih banyak yang mereka jual, lebih banyak yang mereka perolehi.

    Kerana dikaburi untung segera, affiliate-affiliate ini akan menarik orang membeli produk mereka dengan menggunakan komisen yang bakal dikutip oleh ahli tersebut sebagai umpan. Dari tujuan asal untuk menjual produk, affiliate tadi menjual keahlian sebagai affiliate dengan janji kosong!

    Di Malaysia, skim ini dapat anda kenali kerana mereka menawarkan pakej ratusan (malahan ribuan) ebook-ebook berbahasa Inggeris lapuk yang penulisnya sendiri pun tidak menggunakannya lagi pada harga tertentu di samping menjanjikan pendapatan tambahan jika anda berjaya menarik pembeli membeli pakej tersebut.

    Jika anda tidak mahu membaca ebook tersebut, jangan beli. Jika anda tidak mahu menggunakan produk tersebut, jangan beli. Jangan beli semata-mata untuk menjualnya kembali, ia bukan satu tindakan yang pintar.


    Variasi Skim-Skim Tersebut


    Namun trend terkini, terdapat juga variasi daripada skim-skim ini yang menawarkan imbuhan dalam bentuk peratus daripada yuran yang dibayar ahli. Misalnya 1% sehari, 2% sehari, 12%sehari, dan ada juga yang berani meletakkan 130% peratus sehari!

    Untuk medapatkan ganjaran ahli mungkin akan diminta melayari sejumlah laman web, membaca sejumlah emel, mencari sejumlah downline ataupun menyimpan wang di dalam dana tersebut untuk sejumlah hari.

    Model perniagaan inilah yang sangat tidak solid dan seharusnya tidak ada kompromi untuk menegakkan program-program seperti ini!

    1)Bayangkan jika kami dibayar 12% sehari. Setiap minggu, pelaburan kami akan bertambah 144% Setahun? Tunjukkan kami mana-mana syarikat di dunia ini yang mencatat keuntungan sebegitu besar? Syarikat minyak pun boleh bankrap tuan puan kalau bayar dividen sedemikian banyak kepada pelabur.

    Jadi jelas, skim-skim ini tidak logik dan tidak mempunyai asas dan model perniagaan yang mantap. Ia tidak wajar diceburi.

    Falasi

    Jangan tertipu dengan kenyataan sesetengah ahli yang menyatakan mereka telah dibayar. Ya, mereka memang dibayar! Jika mereka tidak dibayar, bagaimana penganjur skim-skim ini hendak menarik (dan menjerat) lebih ramai orang. Dengan membayar ahli-ahli awal, ini akan membina kredibiliti mereka dan lebih ramai orang akan percaya mengenai “sustainability” skim tersebut. Lagipun, bukankah skim ini mengamalkan prinsip Ponzi?

    Ponzi
    Skim pelaburan yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut dari wang yang dilaburkan pelabur baru dan bukan dari keuntungan perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan jangka pendek yang tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka diperlukan untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Yang seterusnya akan berterusan sehingga tindakan mereka terbongkar ataupun penganjurnya lesap.

    Mudah sahaja, bayangkan anda berfikir seperti penganjur skim cepat kaya tersebut, anda mahu RM 100 dari seorang ahli yang bernasib malang, ataupun RM 100000 dari 1000 ahli yang malang?

    Perkembangan Terbaru

    Sebuah variasi dari skim-skim ini (agak popular di Malaysia) sedang bergelut dengan sebuah syarikat pemproses bayaran yang sedang meningkat naik. Masing-masing saling tuduh menuduh.

    Yang menjadi mangsa? PENGGUNA!

    Jadi, jauhilah skim-skim seperti ini walaupun ia menjanjikan bayaran lumayan dan walau sesiapun yang mencadangkannya kepada anda. Orang yang cemerlang dan usahawan internet yang sebenar akan menjauhi skim-skim seperti ini. Ia terletak dalam dua katgeori sahaja, perjudian ataupun tindakan kurang bijak. Mudah.

    Jika anda mahu menyebarkan laporan khas ini kepada rakan taulan dan saudara mara anda; anda boleh download di bawah;


    PDF : Klik Kanan di Atas Ayat Ini dan Pilih Save Target As
    ZIP: Klik di Atas Ayat Ini

  2. Join Date
    Feb 2006
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    472
    Rep Power
    0
    Anyone care to give a translation? Guys, you know I can't read BM as well as the rest of you!

  3. Join Date
    Nov 2001
    Location
    MLK
    Posts
    119
    Rep Power
    104
    hehe, maybe i can do it for a charge. This thread give me an idea how to talk bad behind you :P

  4. Join Date
    Feb 2006
    Location
    Kuala Lumpur
    Posts
    472
    Rep Power
    0
    r0kawa - I said my BM is not good, not that I do not have any abilities! If I see my name I am sure I can check more carefully

    Perhaps there is a big market chance involved with taking English tutorials for webmasters and translating to BM. But, I guess, all webmasters know English since even HTML is in English!

  5. Join Date
    Oct 2005
    Location
    Malaysia
    Posts
    156
    Rep Power
    57
    The bottom line is... i agree with edu4vision. For those who want to involve with Affiliate program please do:

    1. Research the company background
    2. Don't hope to much (except for the 100% genuine, stable and reliable company)

+ Reply to Thread

Thread Information

Users Browsing this Thread

There are currently 1 users browsing this thread. (0 members and 1 guests)

     

Similar Threads

  1. Free hosting mudah dan cepat
    By zackmy in forum Free Hosting Discussion Forum
    Replies: 0
    Last Post: 08-08-2002, 03:01 PM

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts

SEO by vBSEO 3.5.0 RC1 PL1

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35