|
||||
Ingin membuat sebuah laman web portal mengenai kawasan tempat tinggal.
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya adalah orang baru dalam dunia pembuatan laman web ni. Sekarang ini saya bercita-cita hendak membuat laman web mengenai kawasan tempat tinggal saya. Apa yang hendak saya selitkan dalam web portal tu adalah ruangan berforum. Oleh yang demikian, saya ingin meminta jasa baik saudara semua berapa besar space MB yg perlukan? Saya tertarik pakej yg dianjurkan http://www.exabytes.com.my/products/hosting/ iaitu: # Unlimited email mailboxes # 2GB web space # 20GB data transfer # User friendly cPanel # Shopping carts # Preinstalled forums # From RM199/year Adakah pakej tu amat berbaloi kerana sekarang ini banyak sangat pakej yang ditawarkan cuma tidak tahu samada syarikat tu boleh established lama auat tidak. Saya mohon bantuan saudara dalam pembuatan web portal ini. Assalamualaikum dan salam sejahtera. |
|
||||
data storage bukan data transfer..
data transfer ialah Bandwith.. kalau sesebuah forum dengan kadar ahli aktif lebih dari 100 orang.. lazimnya mmg tinggi la bandwith.. tapi pakej exabyte tu kire agak besar . tiada masalah untuk buat forum dan sebagainya.. 20GB bandwith dikirakan berbaloi dan lebih dari cukup untuk forum sekadar bandar / tempat tinggal saudara. forum saya : www.pergh.com dengan kadar user aktif dalam 300 orang (walaupun banyak register ).. memakan cuma dalam 10GB sebulan.. itupun saya stop fungsi browse tanpa login etc.. (ada advantage dan disavantage of this ) tapi tujuan utama saya nak mengelakkan berlaku Spam kind of poster user. Kalau open sangat dia register login pastuh buat macam tempat borak buat ape kan.. berkenaan dengan establish company.. yup bagus tuh bertanya.. lagi establish dan stabil kompeni tersebut biasanya semakin mahal harga yang diletakkannya.. macam yahoo.. mahalnya berpuluh2 kali ganda pada kadar biasa. exabyte boleh dikirekan antara kompeni hosting terawal dimalaysia.. jika tidak silap saya pada tahun 2000 . dan satu kompeni yang kukuh pada penilaian saya.. Sepanjang berada dibawah hosting ini, saya tidak pernah mengalami perkara2 yang lazim belaku pada host lain. Support staff mereka juga amat pantas dan mesra.. Ikhlas.. saya amat menghargai mereka. Site saya pergh.com host dengan exabytes sejak 2001 tanpa masalah sehingga sekarang.. Bahkan kalau terlewat bayar pun dia tak delete terus file. dia keep dulu.. until saya bayar dan semuanya online kembali seperti biasa. Back up database pun setidak2 nya pada setiap bulan.. jika database saya error.. kurang dari 24 jam sudah direcover.. database backup oleh pihak host nih adalah satu option yang 'Mahal' saya kirakan.. terutama pada masa saya menggunakan dialup dikampung, manakan mampu untuk mendownload sql database yang mencecah 50MB!.. so cuma berharap atas backup pihak hosting.. eh.. panjang pula.. macam iklan.. hehe. tapi honestly.. it's my experience with exabytes.com.. saya rekomenkan untuk webmaster yang ingin serius memilih exabyte walaupun harga sedikit tinggi berbanding yang lain. Saya juga ada host dengan host lain tapi tidak sebagus exabytes,, Storage 2 gb adalah BESAR sebenarnya.. sebab dalam web, kita tak pakai untuk OS kecuali kalau web anda da movie, mp3 dan sebagainya.. mmg tak cukup la.. (beware of illegal download!.. ) soo.. ape-apehal pun.. belilah starter pack dahulu kalau ada.. upgrade or tambah kut keperluan.. sebab dalam tempoh belajar menggunakan web itu sendiri pun dah memakan masa 1 or 2 tahun.. sekian harap membantu.. |
|
||||
Terima kasih atas cadangan saudara tu. Memang pun kebelakangan ni saya lihat banyak sgt tawaran mengenai package hosting. Pening dibuatnya.Saya baru nak mula membuat forum + portal, harap dapat mintak tunjuk ajar dari anda semua. Lama gak ye kerana ambil dalam setahun dua untuk finalize website ni. Cabaran juga bagi saya. Insyaallah saya cuba mula dengan pakej permulaan tapi dengan harga yang ditawarkan tiada banyak bezanya. salah satu faktor untuk memiliki hosting. Apa pun terima kasih sekali lagi atas pandangan saudara. Saya mencari contoh website forum + portal untuk rujukan.
![]() |
|
||||
Amat terang lagi jelas penerangan oleh mysticmind tu. Rajinlah usaha & bertanyalah kalau tersangkut..."malu bertanya, sesat jalan. rajin bertanya, masuk highway" :P
Hidup mystic! Hari ni, "Tukang Komen Terkejam" telah menjadi "Tukang Nasihat Tersyahdu" Hahaha... ![]() Ada lagi beberapa orang yang pakar belum masuk thread ni lagi. |
|
||||
Quote:
aku tak pandai sangat pun buat karang.. cuma pernah jadi pemidato skolah.. tapi aku sorang yang amat malas dan rajin ponteng sekolah. hahaha.. sori laa.. aku tak makan dek puji.. ermm.. sebab dia tanya ttg exabytes.. so aku jelaskan la ttg exabytes. kalau ditanya yang lain.. aku pun jelas kan yang lain.. kan kan.. Banyak lagi sebenarnya hosting provider luar sana. cuma pada harga dan khidmat tuh kene pandai2 la buat penilaian. tak semestinya hanya exabytes yang bagus.. mungkin lain orang lain yang bagus. but saya berpegang bukan pada 1 asas.. rasanya ramai owner2 host lain mengagumi exabytes sendiri.. apatah lagi pernah memenangi TOP 5 ASIA BEST AWARD.. asia bukan asia tenggara bukan asean. tapi ASIA. 1 vote dari aku tak bermakna apa2 aa.. ikan semilang.. dah beli ke? jangan tunggu lama2.. beli dan mulakan sekarang!. sebab nak mastering web tuh sendiri2 makan masa jugak.. mungkin site ko tak siap dalam masa 1 tahun.. mungkin jugak siap sehari tapi pengisian tuh yang lambat. nasihat tambahan : - Pilih domain name yang baik. (*ada sedikit guide saya bagi dalam room domain name.) - Pastikan tau asas web iaitu HTML sebaik mungkin (ini faktor yang tak boleh diabaikan). sebab nanti nak jump to Webprograming, leceh la kalau time tu juga nak belajar semula. - Jangan malu2 bertanya.. //mana lagi lain2 exabytes punya client? tak mahu bagi testimoni ke? |
|
||||
Quote:
![]() |
|
||||
Boleh sesiapa beri contoh url web portal+forum? Untuk rujukan saya sahaja. Terima kasih.
Dan satu lagi adakah data transfer tu penting kerana kebanyakkan 20GB (permonth) data transfer rate. Contoh seperti ini.http://mercumaya.net/?hosting http://www.axs-host.com/hosting.htm Tetapi macam http://www.hive.com.my/ data transfer rate 100GB untuk data storage 1GB.Tapi bukan ke hosting hive.com.my ini selalu bermasalah? Dalam ketiga-tiga url hosting tu maner yg terbaik dari aspek untuk membangunkan web portal dan forum? Bantuan anda amat di hargai. ![]() Last edited by ikan_semilang; 28-05-2005 at 10:43 PM. |
![]() |
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
| Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests) | |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | Rate This Thread |
|
|
Similar Threads
|
||||
| Thread | Thread Starter | Forum | Replies | Last Post |
| pendapat mengenai md-pro | azremy012 | Website Programming | 0 | 16-12-2005 04:53 PM |
| Mengenai Paypal | <gempaq> | E-Commerce | 2 | 09-06-2005 08:16 PM |
| Tutorial: Membuat Gambar Thumbnail | YajivMalhotra | Website Programming | 1 | 04-11-2004 09:39 AM |
| @ Pekerja freelance(bebas) membuat website diperlukan | daniel_kradmi | Job Vacancies | 15 | 06-10-2004 01:02 PM |
| Laman Portal Kg Sri Napuh :- Berikan komen anda... | akuadalahaku | Websites Review and Suggestion | 5 | 12-05-2003 04:24 PM |
All times are GMT +8. The time now is 09:53 AM.
Powered by vBulletin® Version 3.7.3
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
LinkBacks Enabled by vBSE
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
LinkBacks Enabled by vBSE















Linear Mode

