|
||||
Panduan dalam Design!~
Panduan Design : Tips Dan Tricks
Banyak sebenarnya benda yang saya nak masukkan disini, saya masukkan sikit demi sedikit. maaf jika tak teratur, saya masukkan bilamana saya terfikir sahaja.. Nanti kemudian2 saya aturkan semula. Sesiap yang ada tips2 menarik tuh bolehlah dimasukkan dalam nih. >> Pemilihan Font. Yang nih ramai yang kantoi, serba salah dalam memilih font dan mendapatkan font. Tips istimewa saya: Mencari font, pastikan jenis font yang anda mahu tu, kemudian masuk kat google.com taip jenis huruf. Contohnya marydale.ttf : http://www.google.com.my/search?hl=e...dale.ttf&meta= dapat senarai carian bukan? Ada jumpa link yang berakhir dengan .ttf? Segeralah Right Click, Save Target As Senang bukan? Ramai yang tak tahu sebelum nih saya rasa. Sebenarnya ramai orang simpan FONT dekat web diorang.. Terutamanya para2 designer . >> Mencari image/gambar. Mencari image dan gambar yang bersesuaian agak sukar, berikut adalah beberapa web yang saya sering kunjungi. a: http://images.google.com b: http://search.yahoo.com/images c: http://www.alltheweb.com (pilih tab image) d: http://www.imagebank.com Ok! tuh jer dulu. ![]() |
|
||||
Memilih Software Design Terbaik?
.. sambung sikit :
>>> Software Pilihan? Dalam mendesign ini, kita akan dapati bermacam-macam software design!. Jadi ada yang tak tahu nak pilih yang mana satu. Antara senarai software tersebut adalah seperti : - Adobe photoshop - PaintShopPro - CorelDraw - Macromedia FireWorks. Dan beberapa lagi software. Sebenarnya, disini bukanlah SOFTWARE yang menentukan kecantikan dan bergayanya design anda. Ianya bergantung kepada: - Sejauh mana anda menguasai sesuatu software. - Sejauh mana anda menggarap idea anda ke kanvas maya . - Sejauh mana tahap kreativiti anda! Pada lazimnya satu2 software grafik akan mengandungi beberapa persamaan antaranya : - Layer - Filter - Tool : Pilihan, Garisan, Warna(fill/gradient), Brush dsbg. Beerti disini, ianya tetap ada PERSAMAAN. Jadi tidak perlulah anda semua berasa risau, percayalah!jika anda berjaya menguasai salah satu darinya.. anda akan mampu menguasai software2 grafik yang lain!. Sama seperti memandu kenderaan, setiap kenderaan mempunyai persamaan: ada stering, ada pedal minyak dan brek, cuma mungkin yang berbeza ialah gear automatik atau manual! Senang bukan? Disini saya merekomendasikan Adobe Photoshop sebagai pilihan utama. Mengapa? Mungkin kerana ia paling susah! Jadi yang lain akan kelihatan mudah setelah anda menguasainya. Selain itu juga perlu diketahui, bahawa ia adalah merupakan pilihan utama bagi para designer didunia. Dalam sudut dan aspek yang lain pula, ia ada banyak bantuan dan tutorial ONLINE yang boleh dipelajari secara percuma contohnya : www.teamphotoshop.com Walaubagaimanapun tiada kesalahan jika anda sukakan software yang lain. Yang penting ialah MENGUASAINYA!. |
|
|||
Ingin Belajar
Saya Ni baru jer..habis belajar ..dalam diploma Komputer Graphic Design...Lepas tu...ader ker peluang untuk mencari kerja kosong...kalau ader..contactlah saye..manalah tahu sedikit sebanyak membantu diri saya yang sedang mencari cari ni...call saya pun takper..
[edit] :remove phone number. [/edit] Last edited by mysticmind; 07-09-2005 at 11:19 AM. Reason: Jangan sembarangan paparkan nombor telefon anda.. |
|
|||
biasanya kalau nak cari font.
just type free fonts dan isikan style e.g. techno font style or classical font style. or even corporate font style. then u should get a list of it at google. kalau pandai. can get free ones and download it. it's not that hard. then slowly kumpulkan all your font types and check it out and install kat control panel or your font system lah. tapi kena ingat kadang kala ada font types yang tak compatible dengan photoshop. some are due to it's design structure while some if u set the size too small then photoshop can't process to display it. (//these are based on my experience using photoshop and fonts over the years) |
|
||||
ada tambahan....
Quote:
selain dr semua ini.. yang penting sekali.. praktik kan apa yang dipelajari sebelum ini... setiap graph designer (GD) harus tahu camna nak buat konsep...biasa konsep tu yang akan menentukan design ada berjaya... nak dapat konsep?.. teori aku --> dapatkan otak > idea > konsep.. pastu baru dapat design... |
![]() |
«
Previous Thread
|
Next Thread
»
| Currently Active Users Viewing This Thread: 1 (0 members and 1 guests) | |
| Thread Tools | Search this Thread |
| Display Modes | Rate This Thread |
|
|
Similar Threads
|
||||
| Thread | Thread Starter | Forum | Replies | Last Post |
| Panduan PHP : For newbie | mysticmind | Website Programming | 19 | 03-09-2008 09:50 PM |
| TIPS dan PANDUAN memilih nama domain. | mysticmind | Domain Names | 49 | 17-08-2008 07:49 PM |
| Panduan Hebat | adiniel17 | Other Webmaster-related Services and Promotion | 3 | 08-04-2007 04:45 AM |
| Some tricks to remove the ads... | vincevincevince | Free Hosting Discussion Forum | 2 | 08-02-2006 10:01 PM |
| new tips portal -> www.tips.com.my | beyondsunn | Websites Review and Suggestion | 5 | 27-07-2005 04:20 PM |
All times are GMT +8. The time now is 07:30 AM.
Powered by vBulletin® Version 3.7.3
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
LinkBacks Enabled by vBSEO 3.1.0 vBulletin skin by ForumMonkeys.com.
Copyright ©2000 - 2008, Jelsoft Enterprises Ltd.
LinkBacks Enabled by vBSEO 3.1.0 vBulletin skin by ForumMonkeys.com.














Linear Mode

